Thursday, 25 July 2019

Debub’s Engagement Day 20.07.2019

Debub’s Engagement Day
20.07.2019

Assalamualaikum
*nangis*

Debub ni adindaku yang bongsu. Disebabkan husband yang busy lebih dari menteri, debublaa peneman setia aku kesana kesini. 

Adik aku ni cantik jelita. Tapi saje aku panggil dia debub sebab aku dengki. HAHAHA *evil laugh* Dia ada semua yang aku takde. Obviously, dia tinggi aku pendek, dia cantik aku biasaje, dia kurus aku hmm u know. Enough i cant continue cause its hurt me badly.  



So, more drama during merisik sampailaa ke hari pertunangan. Nak kahwin pun drama. Apo?. Anak abah betul. Haha. At the end of the day the event went well. Alhamdulillah. 

Coret-coret:
1. Drama Khemah. Aku minta macam lain dia hantar macam lain. Geramnya. Abah pula orang tu suruh tambah seratus dia pergi bayar. Yiih.  

2. Menu makan, Alhamdulillah semua orang happy sebab sedap dan menepati selera. Terima kasih cikdah tolong masakkan sambil potpet-potpet, terima kasih maksu tolong kacau periuk. Haha.

3. Gubahan hantaran sampai hari ini aku tak boleh move on. Cantik sangat. Tersangatlah cantik. Terima kasih una tolong gubahkan hantaran tu. Fresh flower lagi. Very breathtaking.



4. Air greentea dengar cerita laku keras. Maceh mama sayang ngan cikgu kakpaten tolong settlekan bahagian air. Mama buat teh o laici, greentea dengan teh tarik. Semua air sold out. 

5. Kenduri durian dari malam persiapan sampai ke hari majlis. Yang masuk mulut siap-siap ada. Yang dibuat bubur kacang durian pun ada. Terima kasih ciknor belanja durian. Semoga murah rezeki ciknor selalu.





Dikesempatan ini aku mewakili keluarga nak mengucapkan terima kasih banyak kepada semua warga Sideks Legacy yang datang dan yang membantu menjayakan majlis pertunangan debub semalam. Terima kasih atas kerja keras & komitmen semua.

Mohon minta maaf kalau ada yang terkurang/terlebih, yang tak disengajakan dan khilaf yang tak disedari sepanjang majlis berlansung. Kalau ada apa2 yang belum selesai pm tepi ye. Bertemu lagi di majlis seterusnya. Moh ke Chenor dan Banting (Kenduri Zarul) le kitew. hihi.

Sekian, Terima Kasih.
Amash yang over.

#sorrysketbelummasukgengmak2
#jiwamuda 😝

Wednesday, 24 July 2019

Itenerary Guangzhou 2019 - Part 3

Alhamdulillah
Trip ke Guangzhou 19 Jan 2019 - 22 Jan 2019 berjaya.
Dah selamat pergi dan selamat kembali.

Next, bagi yang suka history/cultural places. Lagilah banyak tempatnya. 
Tapi untuk saya sekali pegi je cukup, buat syarat. Hahaha. 
Tak menarik sangat dari segi architecture & cultural tu biasa-biasa sahaja.

(Baik pergi Window of The World dekat Shenzen, next post kalau nak cerita panjang nanti, itu pun kalau rajin. Hahaha).

So, cara yang jimat adalah dengan menaiki hop on-hop off bus. 

Dekat mana nak naik? 


Metro: Beijing Lu Station - Exit B - Keluar dari bangunan ke kanan boleh nampak kaunter (pondok merah) untuk beli tiket. Tiket sehari lebih kurang 30¥  = RM18.00. Sebab tulah duduk Beijing Lu, dia macam center nak kemana-mana.

Banyak tempat yang bus ni cover. Selagi tak letih naik turunlah. 
Bus Stops:

New City Central Axis Line (Yellow Line)
  • Guangzhou Tower Terminus (Yiyuan Road)
  • Sun Yat-Sen University (Binjiang East Road)
  • Dashatou Wharf (Yanjiang East Road)
  • Ersha Island (Qingbo Road)
  • Asian Games Park of Haixinsha (Linjiang Road)
  • Huacheng Square (Zhujiang West Road)
  • Tianhe Sports Center (Tianhe Road)

The Thousand-Year-Old Ancient City Line (Red Line)

  • White Cloud Mountain Terminus (Hengzhigang Road)
  • Guangzhou Art Museum ( Deer Lake Road)
  • SunYat-sen Memorial Hall (Dongfeng Central Road)
  • Yuexiu Mountain (Jiefang Northern Road)
  • Beijing Road South Section (Beijing South Road)
  • Dashatou Cruise Wharf (Yanjiang East Road)
  • The Martyrs Cemetery (Zhongshan Er Road)
  • Huanghuagang Park (Xianlie East Road)
  • Guangzhou Zoo (Xianlie Central Road)

Xiguan Custom Line (Blue Line)

  • Shangxiajiu Commercial Pedestrian Street (Kangwang South Road)
  • Chen Clan Ancestral Hall (Zhongshan Qi Road)
  • The Lychee Bay (Longjin West Road)
  • Shameen Island (Yanjiang Road)
  • Shishi Sacred Heart Cathedral (Intersection of Jinaghai Road and Yide Road)
  • Haizhu Square (Yide Road)
  • Beijing Road South Section (Beijing South Road)
  • Guangxiao Temple (Zhongshan Liu Road)

Lychee Bay


Guangzhao Temple

Rasa macam nak sambung lagi topik memborong di Guangzhou pula. Tapi entahla tak yakin untuk share ilmu memborong ni. Sebab terasa diriku ini masih kerdil. Okaylah, apa-apa pun jika diberikan keizinan Allah, saya akan mencatat lagi. InsyaAllah.

Pst: Kalau ada sebarang cadangan atau pembetulan boleh inform saya. Semoga coretan saya bermanfaat untuk semua. (-_*)v


Itenerary Guangzhao 2019 - Part 2


Alhamdulillah
Trip ke Guangzhou 19 Jan 2019 - 22 Jan 2019 berjaya.
Dah selamat pergi dan selamat kembali.

Tempat-tempat untuk sightseeing malam pulak as promises.
Sebelah malam ada few places yang boleh kita nikmati di Guangzhou.

1. Pearl River
Menikmati pemandangan malam yang indah dengan lampu-lampu disepanjang sungai. Dari sini kita boleh juga nampak Canton Tower.

Metro: Turun Metro Beijing Lu - nampak trafik light (pandang arah jalan) ambil kiri - jalan 600 meter sampai pearl river. 

*Harga nak naik cruise pelbagai. Tapi below 100¥ =RM65.00.
*Dekat lorong sebelah kanan sebelum sampai jalan besar di sungai tu ada kedai Halal. 


2. Beijing Lu Street.
Kalau nak cari barang original dan murah boleh beli disini. Dekat hujung jalan sebelah belakang ada banyak butik-butik contoh macam Adidas, Dr.Martin dan lain-lain. Sebelah belakang ni pun ada temple yang cantik untuk bergambar.

Sebenarnya saya pun tak pasti originality dan kualiti jualan yang dalam butik ni. Last time pergi ada satu butik Supreme. Besar butik tu, so i guest dia jual original laa, tapi adik saya cakap copy jugak. Hahaha. This year pegi dah tutup. So yang pentingkan originality sila laa belek betul-betul. *sigh

*Makanan halal boleh ke Restaurant Lombok dekat lorong pertama sebelah kiri. Hujung jalan kedai dia. Makanan Indonesia. Sedikit pricey. Tapi cukup untuk mengubat rindu kampung halaman. Hii.



3. Shangxiajiu Pedestrian Street.
Lebih kurang Beijing Lu, kedai dia sepanjang jalan. Cuma sini barangan yang lebih murah.

Metro: Line 1 - turun di Changshou Lu - Exit D1 - arah kanan ikut signboard ke Holiday Inn Shifu Hotel - hujung jalan nampak McDonald - ambil kiri - dah sampai.

* Sebelah McDonald ada kedai makanan halal.



4. Canton Tower.
Secara jujurnya, saya pun tak pernah sampai lagi. Ambil gambar dari luar je masa naik cruise dekat Pearl River. Jadi kena pegi lagi ke apeni, husband take note please!. Hahaha. Hasil bacaan saya dekat sini ada the largest 4D cinema & aktiviti ferris wheel (gondola berpusing). Cost naik ferris wheel 290¥ = RM195.00.

Metro: Line 3 - Canton Tower Station - Exit A.


So, tu jelah tempat-tempat yang heaven masa malam. Saya rasa kena buat juga entry ke 3 untuk tempat-tempat melawat yang lain bagi yang suka history/culture places. Sorry kalau entry panjang meleret. Till we meet again on the next post.

Pst: Kalau ada sebarang cadangan atau pembetulan boleh inform saya. Semoga coretan saya bermanfaat untuk semua. (-_*)v