Tuesday, 29 January 2019

Itenerary Guangzhou 2019 - Part 1

Itenerary Guangzhou 2019 - 4 days 3 Night
Alhamdulillah
Trip ke Guangzhou 19 Jan 2019 - 22 Jan 2019 berjaya.
Dah selamat pergi dan selamat kembali.

So here simple itenerary i would love to share to those yang nak backpack & had a leisure time in Guangzhou.

Untuk family tak digalakkan follow cara saya ni sebab banyak naik public transport kesian kat budak-budak. Better sewa kereta/van kat sana. Option lain boleh guna Didi (Grab car).

First things first, study metro maps. Metro dia ada 14 line. Pengsan. Hahaha. Jangan risau, lebih kurang sama je dengan lrt kita.



From Airport to Guangzhou City (Beijing Lu)

Ikut je signboard metro dekat airport tu, sampai jumpa mesin beli coin (mesin sama macam lrt Malaysia). Kalau duit besar boleh tukar dulu dekat kaunter tukar duit tengah-tengah stesen tu. 

Metro: Naik Line 3 (Airport South) - turun di Yantang (interchange station) - tukar Line 6 - turun di Beijing Lu (Exit B).
(Jumpa je gelung-gelung belakang ni maknanya anda dah berjaya sampai di metro station airport).

* Most Malaysian tidur di area Beijing Lu sebab malam dia hidup. So boleh jalan-jalan2 malam.
* Masa beli hotel tu study betul-betul cara nak ke hotel sebab satu bangunan yang sama kekadang ada 3-4 hotel. Contoh dekat Nomo Apartment, ada Sunny Apartment, Grand Continental, Youleija Apartment. Tengok tingkat berapa untuk check in hotel. All this hotel saya rasa ok sebab dekat dengan metro walaupun rating tak tinggi. Ala-ala hotel 3✫ kat Malaysia.

Next dah boleh start berjalan. Saya akan jot down secara ringkas dibawah ye.


Tempat-tempat borong:

1. New Asia International Digital City (Gadget/Handphone/Smartwatch)
Metro: Line 6 - Cultural Park - Exit A. 

* Kat sini ada kedai jual runcit dan ada yang tak layan pun kalau nak beli sikit. So far okay kalau nak tengok gadget/benda-benda baru. Memang best.

(keluar metro straight bangunan sebelah kiri)

2. ONE LINK INTERNATIONAL (Permainan/Cenderahati)
Metro: Line 6 - Haizu Square - Exit B2

* Kalau nak borong mainan sila pergi sini. Harga dah okey dah kat sini. Pandai-pandaila tawar.
* Paparoti Halal ada di aras 4 bangunan ni. Halal Malaysia sebab owner orang Malaysia. Boleh la pekena teh tarik.



3. Hui Mei Plaza (Handbag/Pakaian/Jam/Kasut) - Syurga Dunia. 
Metro: Line 2 - Guangzhao Railway Station - Exit F

(Hui Mei Plaza)

* Keluar je exit F, dalam 200 meter nampak McDonald, ada bangunan sebelah kanan Hui mei plaza. Boleh mula pencarian dari dalam bangunan ni. Macam-macam ada.
* Ada lebih kurang 6 bangunan sekitar bangunan ni disebelah belakang. Boleh start jelajah sebab semua best.
*Kalau minat dekat satu-satu barang tu terus potong harga dia 50% dan cuba naikkan sampai rasa berbaloi. 
* Ada sate kambing halal kat belakang bangunan ni, ramai backpacker cakap halal kena cuba. So  husb pegi la tanya halal ke? peniaga tu cakap halal dan dia orang turki. Tawakkaltu alallah.
* Kat sini ada 3 kedai makan halal. Restaurant Mekah, Madinah & Halal China. Kalau sedap tu saya prefer Mekah kot, Prata ngan Chicken Curry dia sedap.

(sate kambing yang banyak backpackers cakap wajib cuba)


4. Zhong Da Fabric Market (Pusat Fabrik)
Metro: Line 2 - Sun Yat Sen University -  Exit D - Jalan 200 meter kemudian ke kanan jumpa pelbagai gerai fabrik.

* Jujur selalu kalau ke guangzhou saya akan skip tempat ni. Sebab terlalu besar dan hanya untuk borong. Kalau hajat nak pegi beli kain buat baju raya tak payahlaa. Jom pegi ho chi minh ke bandung ke lebih lumayan. 


5. Yide Lu (Permainan/Beg plastik)
Metro: Line 6 - Yide Lu - Exit A

* Sebenarnya turun yide lu ni boleh susur pelan-pelan jalan dalam 15-20 minit dah sampai one link atas tadi (guna google maps). Tapi tempat ni tak highly suggested sebab kurang menarik.
* Kalau nak printing bag plastik/beg kertas/woven bag/kotak sini lah tempatnya.

* Kalau perasan Beijing Road - Haizu Square - Yide Lu - Cultural Park semua satu line kan. Tapi jangan memandai nak menapak. Basah ketiak nanti. 

6. Makam Saad bin Abi Waqqas. (Muslim wajiblaa pergi).

Sahabat terawal memasuki Islam pada 610-11. Berpangkat bapa saudara kepada Nabi Muhammad s.a.w. Sa'ad dilantik untuk mengetuai rombongan umat Islam ke tanah besar China untuk menyebarkan agama Islam di sana sekaligus menyebabkan Sa'ad dikenali sebagai perintis kepada pemulaan tamadun Islam di China.



Tips-tips penting;
1. Kaki kena kental sebab akan berjalan 20000 steps - 30000 steps sehari. Pakai kasut yang selesa.
2. Prepare sarapan dari KL sebab halal memang banyak tapi jauh-jauh. So sarapan pagi siap-siap di hotel. Cadangan Brahim/ Roti/ Sambal bilis/Paket 3in1.
3. Beli data siap-siap dari airport. Digi paling murah setakat ni 2gbt 30 minit call = RM25.00 = 3 hari.

4. Kalau pandai berbasikal,  Download apps mobike, dan setup bank card payment dari Malaysia lagi. Kalau kat sana baru nak set mobike memang tak menjadi. Korang akan bersyukur kalau ada apps mobike. Tak payah bersesak naik metro. Asalkan ada internet roaming, mana pun boleh pergi.

5. Just in case duit tak cukup dekat sana. Macam mana? Yang ni saya pernah try guna CIMB je, bank lain jangan ditanya. Boleh keluarkan cash di ATM machine Bank of China dan CIMB charge RM10 setiap satu transaksi DENGAN SYARAT open account to overseas withdrawal set siap-siap. Macam mana? Ok follow step berikut.

Cimbclicks - Service - Overseas Spending & Withdrawal - Click Account No. - Change status to Permanent - Submit.

*Lokasi Bank Of China ni dekat Restaurant Lombok, nanti saya update di part 2.

*Btw, tempat-tempat shopping siang tu memang saya tak letak itenerary by day sebab ikut preferences masing-masing. Biasa saya pergi One Link, Asia Gadget, dan Hui Mei je. Hui Mei tu boleh repeat sebab tak puas tengok handbag/pakaian. Yang lain tu skip je unless ada keperluan business.

Okay. So far ni tempat-tempat yang boleh kita cover masa siang. On my next entry saya cerita tempat-tempat yang boleh jalan waktu malam pulak ye.

Pst: Kalau ada sebarang cadangan atau pembetulan boleh inform saya. Semoga coretan saya bermanfaat untuk semua. (-_*)v




Wednesday, 16 January 2019

New Resolution 2019.

Imej yang berkaitan

One of my resolution in 2019 is to start blogging back. Holla! everyone.
Lamanya tak blogging. Blog lama pun dah lupa id dan password.

Ill try my best to jot down every best moment that have been 'kurnia' to me from now on.
Tak tahulah kenapa suka sangat dengan perkataan 'kurnia' sekarang.

Also in 2019, i would start istighfar sebanyak yang mungkin as i just knew the power of istigfar. MasyaAllah.

Imej yang berkaitan

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang sentiasa beristigfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripad sumber yang tidak disangka-sangka". - Riwayat Abu Daud.

Okelah till the next post. 

Assalamualaikum.