Tuesday, 25 May 2021

Cara merawat psoriasis 2021 - cara aku.

Psioriasis
Aku dah hampir 6 tahun berperang dengan sakit ni.

Assalamualaikum.
Rasa nak menulis balik. Harap bermanfaatla catatan aku ni. 

Psioriasis ni apa?
Basically psioriasis ni sakit kulit teruk yang berkuping-kuping tu. Macam ekzema, tapi yang kronik sampai kau low-self esteem. Dia boleh jadi dekat whole body, tapi macam aku teruk dekat betis & kepala. Kalau kering sampai berdarah-darah aku garu. Memang tak selesa, dan aku tak boleh tidur kalau dia meragam.

Punca psiorisis? 
Due to stress, kerja aku dulu stress weh. Up to one time, aku tak boleh control badan dengan otak aku sebab terlalu penat dengan kerja dan manusia. Bukan semua kat facebook tu kau boleh percaya. Kerja kerajaan tak semuanya indah. Psiorisis ni boleh juga jadi kalau kau tersalah makan.

Rawatan?

🆇 Klinik pakar kulit.
Aku dah cuba berubat swasta, berubat kerajaan tapi tak nampak hasil. Biasa aku cuba 2-3 bulan rawatan. Sebulan kos rawatan aku adalah RM200-300. Disebabkan aku rasa macam tak nampak improvement aku stop.

🆇 Rawatan hemopathy.
Aku pun dah cuba. Lagi mahal dari jumpa doktor. Ubat-ubat hisap je. RM300-500 setiap dua minggu. Nangis masa ni. Nampak la perubahan sikit tapi aku tak mampu nak teruskan. 

🆇 Produk Cetaphil.
Ni pun aku cuba juga. Okla for short term ok. Tapi kalau salah makan sikit je, atau aku ada perubahan emosi, psioriasis aku datang balik.

🆇 Makanan Sunnah.
Minyak zaitun habatussauda semua bukan setakat aku makan je ye. Aku lumur sekali satu badan. Pun tak menjadi.

🆇 Vaseline
Ok yang ni memang ok juga, kos pun tak mahal mana. Tapi dia bukan ubat untuk sembuhkan sakit, cuma boleh buat kulit lembab je dan tak kering.

🆇 Beprosalic lotion
Ubat ni ok aku guna lama juga lebih kurang setahun lebih sampaila pharmacist yang aku beli tu cakap, "you memang selalu guna ubat ni ke? ubat ni ada streroid tau. Lama-lama guna akan efeks organ badan you" ..gulp.. aku terus stop.

Dah banyak cara aku cuba. Aku jadi kurang keyakinan diri. Pernah aku gaduh teruk dengan husb cakap aku dah tak cantik lagi dah. Berapa banyak kali aku gaduh dengan abah, sebab abah banyak suggest itu ini. Bukan aku tak nak, cuma aku dah penat. Masa aku jumpa doktor dulu aku dimomokkan dengan "ooo sakit ni memang tak boleh baik, cuma boleh kurangkan je"

Satu malam tu aku dah tahan, kulit aku kering dan meragam. Psioriasis tu dah sampai lengan tangan dan sikit di muka. Husb dah tidur, aku tak boleh tidur langsung. Sakit dan sedih sangat fikir kenapa Allah uji aku macam ni. Aku doa sangat-sangat tunjukkan jalan keluar dekat aku.

Tetiba aku ambil handphone bukak shopee terkeluar ubat psioriasis. Aku pun terus survey dan buat pembelian lima tube dulu. Seminggu aku nampak perubahan. Alhamdulillah kulit aku pun semakin baik sekarang.

Husb aku tanya, takpe ke beli ubat cina tu? aku cakap tawakal tu allaAllah. So far ni yang terbaik untuk aku. Aku try bagi kawan aku yang ada sakit yang sama (tapi dia dekat jari-jari dan telapak tangan). So far dia pun sembuh. Alhamdulillah. 

Shopee: Krim Xuandi

Ni gambar krim tu. Kaki bukan kaki aku, gambar hiasan aku ambil kat google. 
Semoga yang membaca pun sembuh dan kembali sihat. Doakan kesihatan aku juga ye.

Till next post. 🌹